Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia BJ ucapkan..Hai!Apa khabar semua..Korang semua pernah bercinta tak?Kalau tak pernah pun, pernah tak korang rasa cemburu.Atau pun, bahasa inggerisnya..jealous!
Kita nie memang dah lumrah lah kan..Ada rasa dengki..Ada rasa cemburu..Nama pun , manusia..Makhluk yang selalu lupa..Dan,perlu pulak sentiasa diingatkan.Tapi,kalau cemburu tak menentu..tue namanya cemburu buta.Cemburu buta nie bahaya tau!
Okeylah, kali nie BJ akan postkan tentang cemburu pulak..Dan,entri kali nie tak ada kaitan langsung dengan Raja Petra Raja Kamarudin mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim .Alah,isu yang tengah hot sekarang nie,okey??Isu pengakuan Raja Petra tue lah..Entri kali nie BJ nak kongsi tentang tips-tips macam mana untuk korang kenalpasti adakah korang cemburu..Atau pun ada orang lain yang cemburu kat korang.Huhuhu..Walaupun tips kali nie adalah lebih terarah kepada golongan suami isteri dan couple,harap-harap korang boleh gunakan suatu hari nanti.Lagipun,BJ bukan blogger politik...Selamat membaca!
1.Selalu intip dan cuba cari salah orang
Kalau yang kurang berpendapatan atau berpendapatan sederhana tue,mungkin korang akan try your hard untuk intip sendiri kan suami/isteri korang..Tapi kalau dah duit berkepok-kepok tue,upah sajalah orang..Kalau spy korang tertangkap basah on the spot pun, bukannya korang yang kena tangkap..Selamat dah korang..Lagipun,apa salahnya kalau korang berkongsi duit yang banyak tue dengan orang yang memerlukan?
Cuba korang perhatikan manalah tahu kalau isteri/suami korang yang selama nie tak minat bidang fotografi..tiba-tiba saja berminat dengan fotografi.Senang kata,hampir semua bidang fotografi dia belajar,angle mana yang sesuai..software apa yang sesuai nak edit gambar..Korang tak pelik ke?Ada baiknya kalau korang suggest kan diorang jadi freelancer..Boleh buat duit sampingan kan?
Dan dengan bermodalkan gambar-gambar sekerat-sekerat..yang belum pasti lagi gambar tue gambar siapa..yang blur semacam je..Diorang dakwa gambar-gambar tue gambar korang dengan kekasih gelap korang...walhal korang tak pernah adapun sparepart tyre selama nie.Jadi,siapakah itu?Kalau benda nie pernah berlaku kat korang..Jangan risau..Sebab nie tanda-tanda bahawa diorang cemburu kat korang!Dan berbanggalah,sebab ada orang cemburu kat korang..Itu tandanya korang bagus!
2.Suka curi baca sms di telefon
Kalau bab suka curi baca sms di telefon nie BJ pun suka buat..Tapi,bukan phone kekasih BJ..Sebab BJ tak ada kekasih..BJ still student lagi lah!BJ selalu curik-curik baca sms kat phone abah dengan mama BJ..Huhu..
Tapi kan, kenapa kita suka curik-curik baca sms atau catatan panggilan yang ada kat phone orang yang kita sayang erk?Kalau dapat tengok email dia,lagi lah hebat..Macam dapat kuasa untuk kawal diorang pulak kan?BJ percaya korang pun pernah buat kan?Walaupun sebenarnya, korang tak pernah niat pun nak buat..Siapa pernah buat macam nie?Sila komen kat bawah,yerk?Nak tahu jugak berapa ramai yang pernah buat macam nie..
So,kalau korang dah tahu yang korang pun suka baca sms orang..Kemungkinan besar kekasih korang pun ada habit yang sama kan..Baik korang jaga-jaga sikit dengan PDA,laptop,handphone dan apa-apa saja barang-barang peribadi korang.Manalah tahu, masa korang “tertinggal”kan barang-barang tadi tue kat dalam kereta time korang nak ke tandas,si dia geledah benda-benda tue?BJ tak jamin yang diorang akan buat benda macam nie..Cuma langkah precautions.Mencegah lebih baik daripada merawat kan?
3.Suka sangat soal siasat
Kalau bab suka soal siasat nie biasanya kerja perempuan..Adakah lelaki pun sama jugak?Mungkin ada..Tapi setakat nie,BJ cuma jumpa sorang dua saja lelaki yang berperangai macam nie..Tue pun kawan-kawan BJ..BJ suka kawan semua orang..
Diorang yang kuat cemburu nie kan kalau diorang mula interrogate tue kan..Mengalahkan polis-polis yang berkhidmat dengan PDRM!Diorang punya andaian cukup banyak!Kalau kita salah jawab..macam-macam diorang fikir..Kita ada orang lain lah...Kita tak sayang kan dia lah..Macam-macam lagilah!
4.Buat hal kalau balik lewat
Benda nie dah biasa dah BJ tengok dalam drama TV..Selalunya drama Melayu..Walaupun,semua drama sama saja!Kenapa kita suka sangat cari gaduh dengan orang yang kita sayang erk?Adakah dengan cara kita kita maki-maki dia..marah-marah dia,kita dapat tunjuk kat dia yang kita nie “care” tentang dia erk?
BJ percaya selalunya golongan yang tengah hangat bercinta dan suami isteri selalu tempoh benda-benda macam nie kan?Kalau korang lambat sikit..Maksudnya korang ada orang lain.Kalau dia lambat pulak,dia pun ada orang lain lah?Macam tue kerk?Betul ke yang semua suami atau isteri yang balik lambat ke rumah tue ada makan luar?Jadi sugar mummy?Sugar daddy?Ye kerk?Apa pendapat korang?Jom kita kongsi-kongsi..
Acara membaling pinggan mangkuk patuit dimasukkan dalam acara sukan..Kalau tak boleh masuk dalam sukan Olimpik,masuk sukaneka pun bolehlah yerk?Sebab BJ yakin dan percaya..para suami dan isteri yang selalu bergaduh nie mampu bersaing dengan sengit untuk merebut tempat pertama dalam acara membaling mangkuk dan pinggan.Tak gitu,Cik Joyah?
5.Telefon beberapa kali ke pejabat
Telefon banyak kali..Satu lagi benda yang dah cliche sangat dengan suami isteri..Especially yang kuat cemburu.Korang kerk?Huhuhu..BJ tak tahu lah pulak?
Diorang nie kalau boleh nak telefon hampir seminit satu kali call..Maksudnya,dalam sejam dah genap 60 kali lah kan?Korang tak fikir ke yang receptionist dengan setiausaha suami atau isteri korang tue pun ada kerja lain?Manalah sempat dia nak uruskan benda-benda lain kat pejabat..Kalau 24/7 korang nak call dan tanya setiausaha tue..mana isteri/suami korang?
Biasanya golongan yang kuat cemburu nie..Mesti akan call korang dengan modal yang sama..Korang balik pukul berapa?Makan dengan siapa?Sekarang dekat mana?Siapa yang ada dengan korang?Berapa duit yang tinggal dalam wallet/purse korang?Balik makan ke tak?
Semua soalan yang kat atas nie..Dah cliche kan?Tapi bab tanya berapa banyak duit yang tinggal tue..Sangat-sangat materialistik..Adakah kalau duit didompet sudah kering,dia akan hantar duit kat korang?Bertuahnya badan!
Sebagai konklusinya,kalau ada antara kelima-lima tanda nie pernah berlaku kat korang..Atau pernah korang buat..Nampaknya,korang memang tengah dicemburu/pencemburu!Cuba-cubalah kurangkan cemburu tue yerk?Kalau sudi,komen-komenlah apa yang patut BJ perbaiki...
“Manusia itu ibarat lombong emas dan perak.Mereka yang baik pada masa jahiliah menjadi baik dalam Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yang mantap’(Riwayat Bukhari dan Muslim)So, tak kisahlah dia cemburu ke atau tak..Korang still kena sayang dan hormat akan dia okey?
Salam sayang..Bayi Jumbo...visit BJ lagi ye nanti?Kalau nak add BJ kat FB..Add lah..


No comments:
Post a Comment