Monday 18 April 2011

3 Cara Mudah Awasi Anak di Bilik Ayaq (Siri 1)

       Kanak-kanak memang banyak ragam dan keletah , kan?Korang dulu pun macam nie kan?BJ pun macam tue jugak..Huhuhu..Kanak-kanak..Apa yang sinonim yerk?Okey,ada yang suka mandi dan main air kan?Ada jugak yang tak suka langsung nak mandi dan lebih menghairankan, diorang nie “takut” dengan air.Macam kucing kan?Comel...


      Sebelum BJ terlupa,izinkan BJ ucapkan salam sejahtera buat para blogger dan blog reader yang sudi singgah ke blog BJ nie..Baiklah,kali nie BJ nak buat entri tentang cara-cara untuk korang awasi anak-anak di bilik ayaq.Tak kisahlah korang nie anak orang ke,kakak orang ke,abang orang ke,mak orang ke, atau atuk orang ke....Yang penting,budak-budak kecik nie perlu dijaga dengan baik kan?Ada ke moyang seseorang tengah melayari blog BJ?Kalau ada, sila tunjuk gigi yerk?

      Untuk pastikan keselamatan anak-anak nie,korang kenalah jugak ikut tips-tips yang sempat BJ coretkan kat blog nie yerk?Harap-harap korang sudi baca dan komen apa-apa yang patut.Selamat membaca!

1.Sediakan apa yang patut

       Sebelum korang mandikan budak-budak nie, pastikan segala yang diperlukan oleh diorang telah korang sediakan.Contohnya, macam tuala ,syampu rambut dan sabun.Kalau budak tue jenis yang suka main air,bawaklah sekali diorang punya “rubber ducky” kesayangan..Gayung air pun boleh..Huhuhu..

     Ye lah, tak ke kelam-kabut nanti kalau tiba-tiba dia nak tuala?Sedangkan,tak ada tuala pun kat ampai bilik air tue?Takkan korang nak tinggalkan diorang sorang-sorang kat bilik air?Bahaya tue!Kalaulah lemas...

      So,dengan adanya kelengkapan yang diperlukan.Korang tak lagi perlu nak keluar masuk bilik air banyak kali.Dan yang penting,korang takkan terdesak untuk tinggalkan budak tue keseorangan dalam bilik air.Beringat sebelum kena,tau?

2.Jangan tinggalkan budak sorang-sorang

      Point nie lebih kurang dengan point kat atas kan?Yup!Sebab BJ nak tekankan bahawa meninggalkan seorang kanak-kanak di dalam bilik air secara bersendirian adalah suatu tindakan yang bodoh dan tidak boleh dimaafkan sama sekali...Apatah lagi,kalau korang tinggalkan diorang dalam tab mandi.

      Korang kena ingat yang bayi boleh lemas walaupun dalam air yang cetek.So,elakkan lah diri korang daripada meninggalkan diorang sendirian. Walaupun korang rasa tak sampai sesaat pun korang tinggalkan diorang...Kalau korang rasa perlu sangat untuk keluar dari bilik air tue,jangan lupa bawak sekali budak tue..

     Menyambut tetamu di pintu bila korang terdengar bunyi loceng kat pintu..Menjawab panggilan telefon..Mencari barang kat bilik stor..Naik sekejap ke bilik tidur..Malahan,minum air di dapur pun boleh jadi punca untuk korang tinggalkan budak tue sendiri.So?Lepas nie,korang cuba praktis untuk lap tubuh budak tue dan bawak dia keluar sama-sama dengan korang bila-bila saja yang diperlukan,okey?

3.Pastikan fokus!     

      Kes bayi atau pun budak lemas dalam bilik air nie bukan saja disebabkan ketidakhadiran orang tua masa itu..Ada jugak orang yang jenis tak boleh fokus..Korang pernah tak rasa macam nie?Nak-nak pulak,kalau korang nie jenis yang banyak berfikir..Biasanya,suri rumah dan menjalankan bussiness ..Sebab terlalu banyak yang perlu dia handle..

      Korang kena make sure yang korang sentiasa fokus bila bersama budak-budak nie.Kalau korang tak fokus, fikiran korang akan menerawang jauh..So,apa yang jadi pada anak korang?Mungkinkah..dia akan lemas??

      Dan korang akan dihantui rasa bersalah sepanjang hayat korang,sebab korang sendiri menjadi saksi dan pembunuh sekaligus..Walaupun korang ada kat situ,tanpa fikiran dan akal yang fokus..Korang umpama mayat hidup tau tak?

Raja Petra..Kau Cemburu Erk??

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia BJ ucapkan..Hai!Apa khabar semua..Korang semua pernah bercinta tak?Kalau tak pernah pun, pernah tak korang rasa cemburu.Atau pun, bahasa inggerisnya..jealous!



      Kita nie memang dah lumrah lah kan..Ada rasa dengki..Ada rasa cemburu..Nama pun , manusia..Makhluk yang selalu lupa..Dan,perlu pulak sentiasa diingatkan.Tapi,kalau cemburu tak menentu..tue namanya cemburu buta.Cemburu buta nie bahaya tau!

      Okeylah, kali nie BJ akan postkan tentang cemburu pulak..Dan,entri kali nie tak ada kaitan langsung dengan Raja Petra Raja Kamarudin mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim .Alah,isu yang tengah hot sekarang nie,okey??Isu pengakuan Raja Petra tue lah..Entri kali nie BJ nak kongsi tentang tips-tips macam mana untuk korang kenalpasti adakah korang cemburu..Atau pun ada orang lain yang cemburu kat korang.Huhuhu..Walaupun tips kali nie adalah lebih terarah kepada golongan suami isteri dan couple,harap-harap korang boleh gunakan suatu hari nanti.Lagipun,BJ bukan blogger politik...Selamat membaca!

1.Selalu intip dan cuba cari salah orang

    Kalau yang kurang berpendapatan atau berpendapatan sederhana tue,mungkin korang akan try your hard untuk intip sendiri kan suami/isteri korang..Tapi kalau dah duit berkepok-kepok tue,upah sajalah orang..Kalau spy korang tertangkap basah on the spot pun, bukannya korang yang kena tangkap..Selamat dah korang..Lagipun,apa salahnya kalau korang berkongsi duit yang banyak tue dengan orang yang memerlukan?



    Cuba korang perhatikan manalah tahu kalau isteri/suami korang yang selama nie tak minat bidang fotografi..tiba-tiba saja berminat dengan fotografi.Senang kata,hampir semua bidang fotografi dia belajar,angle mana yang sesuai..software apa yang sesuai nak edit gambar..Korang tak pelik ke?Ada baiknya kalau korang suggest kan diorang jadi freelancer..Boleh buat duit sampingan kan?

   Dan dengan bermodalkan gambar-gambar sekerat-sekerat..yang belum pasti lagi gambar tue gambar siapa..yang blur semacam je..Diorang dakwa gambar-gambar tue gambar korang dengan kekasih gelap korang...walhal korang tak pernah adapun sparepart tyre selama nie.Jadi,siapakah itu?Kalau benda nie pernah berlaku kat korang..Jangan risau..Sebab nie tanda-tanda bahawa diorang cemburu kat korang!Dan berbanggalah,sebab ada orang cemburu kat korang..Itu tandanya korang bagus!

2.Suka curi baca sms di telefon

     Kalau bab suka curi baca sms di telefon nie BJ pun suka buat..Tapi,bukan phone kekasih BJ..Sebab BJ tak ada kekasih..BJ still student lagi lah!BJ selalu curik-curik baca sms kat phone abah dengan mama BJ..Huhu..

    Tapi kan, kenapa kita suka curik-curik baca sms atau catatan panggilan yang ada kat phone orang yang kita sayang erk?Kalau dapat tengok email dia,lagi lah hebat..Macam dapat kuasa untuk kawal diorang pulak kan?BJ percaya korang pun pernah buat kan?Walaupun sebenarnya, korang tak pernah niat pun nak buat..Siapa pernah buat macam nie?Sila komen kat bawah,yerk?Nak tahu jugak berapa ramai yang pernah buat macam nie..

    So,kalau korang dah tahu yang korang pun suka baca sms orang..Kemungkinan besar kekasih korang pun ada habit yang sama kan..Baik korang jaga-jaga sikit dengan PDA,laptop,handphone dan apa-apa saja barang-barang peribadi korang.Manalah tahu, masa korang “tertinggal”kan barang-barang tadi tue kat dalam kereta time korang nak ke tandas,si dia geledah benda-benda tue?BJ tak jamin yang diorang akan buat benda macam nie..Cuma langkah precautions.Mencegah lebih baik daripada merawat kan?

3.Suka sangat soal siasat

   Kalau bab suka soal siasat nie biasanya kerja perempuan..Adakah lelaki pun sama jugak?Mungkin ada..Tapi setakat nie,BJ cuma jumpa sorang dua saja lelaki yang berperangai macam nie..Tue pun kawan-kawan BJ..BJ suka kawan semua orang..

   Diorang yang kuat cemburu nie kan kalau diorang mula interrogate tue kan..Mengalahkan polis-polis yang berkhidmat dengan PDRM!Diorang punya andaian cukup banyak!Kalau kita salah jawab..macam-macam diorang fikir..Kita ada orang lain lah...Kita tak sayang kan dia lah..Macam-macam lagilah!

4.Buat hal kalau balik lewat

    Benda nie dah biasa dah BJ tengok dalam drama TV..Selalunya drama Melayu..Walaupun,semua drama sama saja!Kenapa kita suka sangat cari gaduh dengan orang yang kita sayang erk?Adakah dengan cara kita kita maki-maki dia..marah-marah dia,kita dapat tunjuk kat dia yang kita nie “care” tentang dia erk?

    BJ percaya selalunya golongan yang tengah hangat bercinta dan suami isteri selalu tempoh benda-benda macam nie kan?Kalau korang lambat sikit..Maksudnya korang ada orang lain.Kalau dia lambat pulak,dia pun ada orang lain lah?Macam tue kerk?Betul ke yang semua suami atau isteri yang balik lambat ke rumah tue ada makan luar?Jadi sugar mummy?Sugar daddy?Ye kerk?Apa pendapat korang?Jom kita kongsi-kongsi..

    Acara membaling pinggan mangkuk patuit dimasukkan dalam acara sukan..Kalau tak boleh masuk dalam sukan Olimpik,masuk sukaneka pun bolehlah yerk?Sebab BJ yakin dan percaya..para suami dan isteri yang selalu bergaduh nie mampu bersaing dengan sengit untuk merebut tempat pertama dalam acara membaling mangkuk dan pinggan.Tak gitu,Cik Joyah?

5.Telefon beberapa kali ke pejabat
     
     Telefon banyak kali..Satu lagi benda yang dah cliche sangat dengan suami isteri..Especially yang kuat cemburu.Korang kerk?Huhuhu..BJ tak tahu lah pulak?

     Diorang nie kalau boleh nak telefon hampir seminit satu kali call..Maksudnya,dalam sejam dah genap 60 kali lah kan?Korang tak fikir ke yang receptionist dengan setiausaha suami atau isteri korang tue pun ada kerja lain?Manalah sempat dia nak uruskan benda-benda lain kat pejabat..Kalau 24/7 korang nak call dan tanya setiausaha tue..mana isteri/suami korang?
     
     Biasanya golongan yang kuat cemburu nie..Mesti akan call korang dengan modal yang sama..Korang balik pukul berapa?Makan dengan siapa?Sekarang dekat mana?Siapa yang ada dengan korang?Berapa duit yang tinggal dalam wallet/purse korang?Balik makan ke tak?

   Semua soalan yang kat atas nie..Dah cliche kan?Tapi bab tanya berapa banyak duit yang tinggal tue..Sangat-sangat materialistik..Adakah kalau duit didompet sudah kering,dia akan hantar duit kat korang?Bertuahnya badan!

    Sebagai konklusinya,kalau ada antara kelima-lima tanda nie pernah berlaku kat korang..Atau pernah korang buat..Nampaknya,korang memang tengah dicemburu/pencemburu!Cuba-cubalah kurangkan cemburu tue yerk?Kalau sudi,komen-komenlah apa yang patut BJ perbaiki...

    “Manusia itu ibarat lombong emas dan perak.Mereka yang baik pada masa jahiliah menjadi baik dalam Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yang mantap’(Riwayat Bukhari dan Muslim)So, tak kisahlah dia cemburu ke atau tak..Korang still kena sayang dan hormat akan dia okey?

    Salam sayang..Bayi Jumbo...visit BJ lagi ye nanti?Kalau nak add BJ kat FB..Add lah..

Sunday 10 April 2011

Menjaga Anak Angkat : Mampukah Lelaki?

         Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia BJ ucapkan buat para blogger dan blog reader yang sudi bertandang ke blog BJ.Ya,blog BJ-Bayi Jumbo!Korang sihat?Ada sesiapa yang belum makan?Jom makan!Huhuhu..Kalau korang nak makan,makanlah..Asalkan jangan makan hati..makan anak..sudahlah.



       Hurrmmm...Bercakap pasal makan anak nie.BJ rasa nak buat satu entri tentang anak angkatlah.Adakah BJ nie seorang anak angkat?Eh,bukan!BJ Cuma nak bincangkan tentang pro dan kons tentang menjaga anak angkat.Tak kisahlah seorang ke,dua orang,tiga orang,mahupun sepuluh sekali.Siapa sanggup?

      Okeylah, kalau kita berbicara soal wanita dan anak angkat , apa agaknya yang korang fikir?Mesti kita fikir yang perempuan nie dah secara fitrah dilahirkan dengan kelembutan,belas kasihan dan kasih sayang yang melimpah ruah kan?Sampai kan dia sanggup buat apa saja untuk mempertahankan apa jua yang dia sayan , macam tu ker?So, kira biasalah kalau perempuan yang belum berkahwin tapi diorang nak jaga anak angkat sekarang nie kan?Senang-senang je dapat lesen kan?



     Tapi kan, macam mana pulak kalau lelaki yang belum berkahwin kata macam nie,”Kak, Fimie rasa,Fimie nak amik anak angkat lah kak,”Agak-agaknya apakah reaksi kakak kepada si Fimie itu?Silalah pilih sendiri dan respons.

a.”Kau nie dah buang tabiat erk?”
b. “Suka hati kaulah Fimie.Maleh kak nak layan kau nie...”
c.”Kau nie “sesuatu” ke Fimie?Baik kau terus-terang..”
d.”Mampu ke kau,Fimie?”

     Okey,bagi BJ tue mungkin jawapan-jawapan spontan yang akan keluar dari mulut kakak kepada si Fimie tue.Bagi BJ lah kan, bukannya satu kesalahan pun kalau lelaki atau perempuan yang belum berkahwin nak ambil anak angkat.Asalkan, diorang boleh berikan segala-gala keperluan anak yang bakal diorang jaga tue.Paling penting, diorang mestilah tiada rekod jenayah atau pun telah di “blacklist” kan namanya oleh PDRM(Polis Diraja Malaysia) mahupun Interpol.

    Untuk entri kali nie,BJ sebenarnya nak bagi pendapat BJ secara terbuka.Bukan terarah kepada lelaki.Mahupun perempuan.So,rasa-rasanya entri kali nie fair and square lah yerk?Tapi, BJ lebih galakkan konsep perbincangan dua hala..so tak ada lah BJ nak melalut sorang-sorang kat blog BJ nie.

     Individu yang berkaitan...Maksud BJ, bakal bapa atau ibu angkat nie kenalah lengkapkan diri diorang dengan azam yang tepat dan benar.Ye lah, bab-bab menjaga anak orang nie bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main.Atau,dianggap enteng.Anak-anak nie mungkin terdiri daripada anak-anak yatim,anak-anak yatim piatu ataupun anak-anak yang lahir dalam keluarga yang miskin.So, korang tak rasa bersalah ke kalau korang persia-siakan diorang yang dah diamanahkan oleh negara kepada korang nie,huh?



      “Seeloknya, biarlah lelaki ambik anak angkat lelaki..Perempuan pulak ambik anak angkat perempuan .Nanti, tak ada lah timbul masalah pada masa akan datang.Dari segi penjagaan pulak,anak angkat lelaki lebih senang kalau diuruskan ayah angkat kan?Kalau anak angkat perempuan pulak lebih sesuai kalau dengan ibu angkat ?,”

      Seterusnya, nie tentang anak angkat tue pulak..Korang ada tengok tak cerita semalam..Tajuknya Alida..pukul 1.00 sampai 3.00 pagi kat siaran Astro Prima?Alah..cerita nie betul-betul lepas cerita Safa dan Marwah habis..Kalaulah korang dapat anak angkat macam si Alida nie kan mesti sengsara hidup!

      Pergh!Budak Alida nie kira jenis yang pendendam jugaklah..Hampir semua ibu dan bapa angkat yang adopted si Alida nie akan menemui nasib malang..Kira macam bawak “sial” jugaklah.Semuanya gara-gara ibu dan bapa kandung dia sia-siakan hidup si Alida nie..Walaupun jalan ceritanya agak cliche..Tapi boleh lah jugak ditengok..



     So, kat sini..Kalau korang nak ambil anak angkat.Tolong perhatikan betul-betul budak tue..Pastikan betul-betul latarbelakang budak tue..Paling penting sejarah hidup ataupun penyakit yang dia warisi..Manalah tahu, kalau ada anak angkat yang macam si Alida nie korang terbawa balik ke rumah..Tak ke naya?BJ tak kuasa nak tolong..

    Tapi, tak kan korang percaya pada benda-benda yang bawa “sial”?Kalau korang still percaya pada benda-benda “sial” nie..BJ nak kongsikan sama-sama hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi..”Kepercayaan kepada sial majal adalah suatu perbuatan syirik (nabi mengulangi kata ini sebanyak tiga kali)”